Dunia baru

Hebatnya SPA dengan Team TWB

Thursday 16 August 2018

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...jumpa lagi dalam tulisan seterusnya...

Apa yang hebat sangat dengan spa TWB ni?
Kan ada banyak mobile SPA di luar sana. Kenapa SPA TWB ni lain dari yang lain??

1. KEHEBATAN PRODUK

Mobile Spa TWB  sebenarnya dikuasakan oleh produk scincare yang super duper power iaitu YOUTH SHAKLEE

i. Hasil kajian saintis SHAKLEE selama 8 tahun terciptalah YOUTH SCINCARE. 
ii. Bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya
iii. Dihasilkan daripada bahan yang 100% semulajadi.
iv. 

2. AHLI DI SELURUH MALAYSIA
Once you sudah jumpa one of our beautician, awak nak minta servis satu Malaysia pun boleh. 

Ehhh macam mana tu? Beautician tadi akan suggest you dengan beautician  TWB yang terdekat yang ada di seluruh Malaysia. Senang kan??

So, next time mo cuti..mo out station sambil2 mo manjakan diri korang google jak Mobile Spa TWB berderet maklumat keluar tau. Nak contact saya pun boleh... Nanti saya perkenalkan beautician TWB berhampiran anda... Zaasssss laju jak dorang datang bagi servis...hehehe

Ada lagi nak cerita...kejap nak masak dulu...nanti kita sambung balik ya...

Ni antara contoh sentuhan team TWB. So jangan lepaskan peluang rasai sentuhan dari team kami.





Berminat nak sertai spa bergerak tanpa kedai kami boleh terus hubungi saya tau... Jom jana pendapatan bersama team TWB

Bisnes Mobile Spa TWB

Wednesday 8 August 2018

Assalamualaikum semua...singgah dulu tinguk2 aaaa....

Ni kakak mo share tips kalau mo mula bisnes.

Kalau mo mula bisness...pilih la bisness yg rendah modal dan rendah risiko...jangan berhutang. Pinjam bank ribu2 lepas tu bekakai mo bayar.

Cari bisness yang boleh dapat cash hari2. Senang dibuat. Nda payah suruh2 orang. Sendiri buat sendiri dapat hasil. Kan... Nanti kalau sudah dapat kumpul modal banyak2 barulah kamu kasi upah orang.

Pernah dengar istilah di mana ada perempuan di situ ada duit.. Hahaha nampak sangat perempuan kuat belanja... Naaahhh bisnes yang paling senang dan jafi trending sekarang ni ialah Mobile Spa atau spa bergerak tanpa kedai.

Bisness mobile spa twb serendah RM1999 satu pelaburan bijak untuk korang yang masih tercari2 untuk memulakan perniagaan. Tidak kiralah kamu mo buat part time atau fulltime.

Uiiiinaaaaa mahal baitu...hahaha... Pok kita mo bisness mesti mo modal bah kan.. Cok ko kasi tau aku apa bisnes nda pakai modal.. Lakiku pelihara ayam pun pakai modal juga. 

Yang jadi dropship pun pakai modal juga.. Yalah kridit talipon dengan line internet pakai duit juga mo beli kan... Nda da yang percuma... Alamak terbebel sudah kan...

Apa kunuk kamu dapat kalau bayar RM1999 tu? 

1) Produk Spa:
- Youth Complex Set
- Alfalfa
- ESP
- Vitamin C
- Ostematrix

2) Sijil Penyertaan

3) Trial Kit Spa
- Head band
- Sponge muka
- Berus masker

4) Perlatan Spa
- Mangkuk Facial
- Beg Mobile Spa
- Facial Steamer
- Ion Massage

5) Hardcopy Modules

Itu jak??? Isshhhh tamak jugakkk....hahaha nda apa...kami ada bagi lagi tambahan bah kalau ko mau...

1. Support group paling osemmmm... Yg ko nda mo buat bisnes mobile spa pun sampai tegaruk2 mo buat bisnes spa ya.... Yg ni mmg betulll....

Siapa nda jeles orang lain buat kipas pakai duit ko buat kipas pakai kertas jak... Sudahblah tu kertas buku anak pulak tu...atau kipas kotak jak....hhahaha nda menarik langsung kipasnya...

Ini jenis jeles yang positif ya... Nda merbahaya untuk kapal2 kecil...

Ada baaaaaanyyyyaaaaaakkkkk lagi kalau kamu mo tau....

Betul mo tau??? Kamu boleh call atau wassap jak saya tau.... Kalau dekat2 boleh kita bguni2 (istilah remaja area kakak ni) hahahha....

http://www.wassap.my/60198521745

TWB The Glamorous Mobile Spa

Friday 3 August 2018

The Walking Beauty mobile spa yang paling glamer tau. 

1. Guna Produk berkualiti dan selamat

TWB menggunakan Youth scincare yang bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya terbukti selamat dan berkesan. Scincare yang digunakan telah menjalani 8 tahun kajian. 

2. Support Group berterusan

Satu-satu mobile spa yang mempunyai support grup selepas tamat kursus. Boleh buat gathering lagi...


3. Kelas nutrisi

Ehhh..beautician TWB pun ada kelas nutrisi tau. Maknanya team TWB bukan saja ada ilmu kecantikan malah ada ilmu nutrisi tau... Sesuai sangat dengan tagline TWB "Beauty With Brain"

4. Trip Luar Negara 

Setiap tahun TWB akan buat trip ke luar negara tau...hhmmmm siapa yang minat travel memamg sesuai sangat lah...hehheh like me :) 

5. Beautician Luar Negara

Ahli TWB bukan dalam Malaysia jak tau. Australia, Mesir, Brunei dan terbaru dari New Zealand pun ada ahli TWB...GLAMER KANNN


6. TWB Academy

Dan yang terbaru TWB mewujudkan akademinya sendiri. Peserta akan dibimbing untuk mendapatkan semula modal pelaburan dalam masa sebulan. Peserta bukan hanya diajar tentang ilmu kecantikan, ilmu marketing, ilmu kesihatan dan baaannyyyyaaaakkkk lagi...


Berminat untuk menyertai team kami dan tahu lebih lanjut anda boleh hubungi www.wassap.my/60198521745

Projek Bebas Hutang Dengan Bisnes Spa TWB

Friday 27 April 2018


Assalamualaikum!!! Entry Kak Mie kali ni mo sembang-sembang bagaimana cara bebas hutang dengan bisnes spa The Walking Beauty (TWB). Ramai antara kita khususnya wanita berkerjaya tapi masih dibebani dengan hutang. Stress di tempat kerja, stress menguruskan rumahtangga, ditambah lagi stress hutang yang tak sudah.




Kos sara hidup semakin meningkat. Gaji naik sekali setahun, masih tidak cukup menampung kenaikan kos sara hidup masa kini. Apa lagi hendak menyelesaikan hutang. Serabut kepala fikir banyak perkara.

Bagaimana Projek Bebas Hutang TWB boleh menyelesaikan masalah hutang anda???

TWB ialah bisnes mobile Spa Shaklee yang menawarkan pendapatan dari LIMA penjuru. Perniagaan Spa tanpa kedai sesuai untuk semua wanita sama ada masih belajar, sedang mencari-cari pekerjaan, sedang bekerja, suri rumah, wanita yang ingin membantu suami mencari duit sampingan, ibu tunggal dan semua wanita di luar sana.

Ahli-ahli TWB mempunyai support group yang hebat dan mempunyai ahli-ahli yang mahir dan tidak lokek berkongsi ilmu. Bukan sahaja ilmu dari segi perkhidmatan spa, malah ahli TWB juga mempunyai pengetahuan tentang nutrisi hasil bimbingan daripada pakar nutrisi Shaklee. 

Apa kelebihan Mobile Spa TWB??


1. Spa Wanita

Hanya wanita yang memahami keperluan wanita. Terdapat wanita yang memerlukan kerjaya untuk menambah pendapatan sekaligus Bebas dari beban hutang. Ada juga wanita juga memerlukan belaian manja melalui perkhidmatan spa tanpa perlu keluar rumah meninggalkan anak-anak, menghadapi kesesakan lalu lintas, jimat masa dan tenaga. Perkhidmatan spa sampai ke rumah. 2 IN 

Memahami keperluan ini Master Ainul Shahrazad mengilhamkan Projek The Walking Beauty. Spa Wanita untuk wanita. Wanita yang 

Wanita, kecantikan dan kejelitaan adalah sangat sinonim. Menjadi wanita cantik merupakan satu kemestian bagi seorang wanita. Ingat!!! Ini bukan pilihan. SEMUA WANITA MAHU KELIHATAN CANTIK!!!

Sesibuk macam manapun melaksanakan tugasan dan tanggungjawab, insan bernama wanita ini tentunya ingin dibelai dan dimanjakan. Namun gaya hidup kini yang sentiasa sibuk sehingga wanita sanggup melupakan hasrat tersebut. 

Dengan adanya perkhidmatan mobile spa TWB dapat memenuhi keperluan ramai wanita yang sibuk dan mempunyai kekangan masa untuk memanjakan diri. Hanya di rumah sambil melayan kerenah anak-anak, para wanita boleh menikmati belaian manja daripada beautician TWB.

2. Spa Natural

Mobile Spa TWB atau Spa Shaklee menggunakan sumber semula jadi. Setiap produk yang digunakan telah melalui ratusan bahkan ribuan kajian klinikal untuk menjamin kualitinya. 

Selain itu, penggunaan produk ini merawat kecantikan luar dan dalam.

Produk Youth Scincare antara produk yang digunakan oleh ahli TWB. Youth telah menjalani 8 tahun kajian klinikal sebelum dipasarkan dan bebas daripada 1500 bahan terlarang yang digunakan dalam produk kecantikan.

3. Spa Pengantin

Berbanding kursus lain di luar sana Pakej TWB bukan sahaja murah tetapi lengkap dengan 5 kursus spa.

🌸 Facial and Treatment
🌸 Spa tangan dan kaki
🌸 Sauna Herba
🌸 Scrub badan
🌸 Mandian Aura

Tambah satu bonus

🌸 bagaimana membuat home spa sendiri

Dengan pakej lengkap ini ahli TWB boleh menawarkan perkhidmatan pakej pengantin. Pengantin yang berdarah sweet and sour tu tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan perkhidmatan spa. Anda hanya perlu menghubungi ahli TWB di seluruh Malaysia. Dan mereka akan sentiasa sedia memberi perkhidmatan terbaik untuk anda.

4. Pendapatan 5 Penjuru

Ahli TWB akan dapat menikmati pendapatan bukan hanya melalui perkhidmatan spa, malah setiap ahli berpeluang menjana pendapatan dari empat penjuru yang lain.

Antara hasil kejayaan ahli TWB









Sertai kami segera untuk bersama menjana pendapatan anda.

Sila hubungi / wassap 019.852.1745 untuk sebarang pertanyaan lanjut.










Top 10 Best Seller Produk Shaklee

Wednesday 25 April 2018


Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi ada baiknya kita berkenalan dulu dengan vitamin terhangat di pasaran. Dah kenal nanti gerenti jatuh cinta tahap tak nak putus tau...siang malam asyik terbayang.

Terdapat banyak Vitamin Shaklee yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Antara vitamin tersebut terdapat 10 Vitamin yang paling laris dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. 

Walaubagaimanapun entry kali ni Kak Mie ingin kongsikan 5 daripada vitamin tersebut. Sila klik untuk maklumat lebih lanjut. 
3. Vivix
5. ESP

Vitamin ni pilihan Kak Mie untuk menjaga kesihatan keluarga. Sebolehnya Kak Mie usaha mengelakkan ubat sintetik untuk keluarga tersayang. Kakak pilih Vitamin yang menjalani pelbagai ujian untuk memastikan hanya yang terbaik untuk dan berkualiti. 





OSTEMATRI SUSU AJAIB

Ostematrix Kak Mie gelarkan susu ajaib. Kak Mie termasuk dalam kategori tidak suka susu. Keturunan yang tak sukakan susu. Dari nenek, mak dan akak sendiri. Teringat masa Kak Mie mengandung anak kedua. Cik Abang belikan Kak Mie susu Namun perisa coklat. Kononnya supaya Kak Mie tidak muak. Memang Kak Mie tidak muak sebab tak minum pun susu tu. Hahhahahahah

Langsung tak pandai hargai pengorbanan suami belikan susu tu. Alhamdulillah Kak Mie jumpa ostematrix. Kononnya nak cuba sebab terbaca kebaikan ostematrix untuk ibu mengandung. Masa tu dah terasa sekali kejang kaki masa awal mengandung. Bila dah amalkan ostematrix dapat rasa krem kaki sekali saja sehingga bersalin. Sakitnya masa kejang tu hanya Allah yang tahu.

Ostematrix ni antara suplemen pilihan Kak Mie untuk beri pada ibu tercinta. Maklum saja lah di usia tua ni semua dah sakit-sakit. Mak selalu mengeluh sakit lutut. Susah mo jalan. Susah mo berdiri kalau sudah duduk lama-lama. Kesian mak. Mo solat pun sakit-sakit. Alhamdulillah bila Kak Mie bagi ostematrix sakit kaki dah ok. Mak boleh menunaikan amal ibadat dengan tenang. Hati pun riang tengok mak ceria.

Tak lama lagi bulan Ramadhan menjelang tiba. Seronok tengok mak boleh menunaikan ibadah dengan tenang.



Kenapa perlu kalsium Shaklee???

Ostematrix diformulasikan dengan 7 ramuan nutrisi penting iaitu kalsium, vitamin D, magnesium, zink, Kuprum, jangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Ia berbentuk tablet dan mudah ditelan. Sangat sesuai untuk Kak Mie sekeluarga yang tak suka susu.

Apa yang terkandung dalam ostematrix??

Kalsium (1000mg) - Sumber semula jadi yang berkonsentrasi serta mudah diserap

Vitamin D (400IU) - Merangsang kadar penyerapan kalsium

Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang

Boron - Membantu dalam metabolisme tulang

Jangan, tembaga dan zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembentukan kepadatan tulang.

Kebaikan Ostematrix

* Membantu membentuk tulang dan gigi yang sihat dan kuat
* Memulihkan kekejangan dan kebas tangan dan kaki
* Membantu mengurangkan sakit belakang
* Mengurangkan risiko osteoporosis
* Melegakan sembelit
* Melegakan sakit sakit sendi
* Membantu masalah buasir
* Membantu mengatasi migrain



Persediaan Cantik Di Pagi Raya


Apa rahsia Sustained Release Vitamin C Shaklee sehingga menjadi Vitamin kegemaran wanita Malaysia?. Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri. Oleh itu pengambilan vitamin C perlu sama ada melalui pemakanan harian ataupun suplimen. Vitamin C adalah Vitamin larut air dan perlu diambil secara harian.
Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana Vitamin C dilepaskan secara berperingkat setiap jam selama 5 jam. Di mana setiap biji Vitamin C Shaklee 500mg Vitamin C.

Sejak sekolah lagi sering diberitahu Vitamin C baik untuk kulit. Tidak kira pengambilan Vitamin C melalui pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kak Mie pun salah seorang yang percaya dengan pengambilan Vitamin C melalui pemakanan. Oleh itu akan pun gigih lah makan buah tomato mentah untuk dapat kulit yang cantik. Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik. Tapi nak makan buah oren zaman dulu bukan mudah. Lebih-lebih lagi Kan Mie berasal dari keluarga susah. Makan buah oren macam satu kenikmatan yang amat.

Hahaha sekarang tak perlu susah-susah. Sebiji Sustained Release Vita-C Shaklee Sama dengan 7.5 biji buah oren. Hmmmm buah oren sebiji di pasaran pun berharga RM1.50. Yang ni kiranya buah standardnya lah, saiz sedang-sedang, rasa manis. Nak lagi besar mau taknya RM2.00 sebiji. Ok nak makan 7.5 biji oren lebih kurang RM11.25. Makan buah tu pula kena makan setiap jam untuk pastikan badan kita mendapat sumber vitamin c yang cukup. Hehehheh siapa sanggup sila angkat tangan. Eh belum habis sampai situ. Makan buah Oren dalam kuantiti macam tu boleh jadi encik batuk datang bertandang. paling tidak pun kita yang bertandang selalu ke tandas sebab sakit perut. Hehehheh tak payah pening-pening fikir mana mau cekau duit beli oren. Sebiji Sustained Release Vita-C Shaklee cuma RM0.58 sama dengan 7.5 biji oren. Senang kan???? Mudahnya nak cantik dan sihat dengan Vita-C Shaklee.

Memang banyak vitamin C dalam pasaran. Taaapiiiii pastikan jangan beli yang sintetik tau... Sebaiknya pilih lah vitamin c yang diformulasikan dari bahan semulajadi. Sustained Release Vitamin C Shaklee merupakan Vitamin C yang diestrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Bioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh badan kita untuk membantu menetang bakteria dan radikal bebas. Nak cantik kan... tapi kesihatan jangan abaikan tau... Cantik dan sihat biar seiring. Barulah kita buat pilihan bijak.... Beauty WITH BRAIN...heheh

Ok korang. Vitamin bijak ni juga ada kelebihan lain tau. Sinnniii mari Kak Mie nak membawang kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee ni.

Apa Kelebihan Vitamin C Shaklee ?

Membantu Pembentukan Kolagen
SR Vita-C Shaklee membantu merangsang penghasilan semula kolagen dalam tubuh badan kita. Ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lebih halus.
Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen penting bagi mendapatkan kulit yang gebu dan halus. Tubuh badan kita memerlukan kolagen bagi menghasilkan kulit cantik dan sihat.

Ia bertindak sebagai penguat otot-otot diwajah supaya kelihatan lebih anjal dan halus. Akan tetapi penghasilan kolagen akan merosot apabila umur kita mencecah 30 tahun ke atas. Macam Kak Mie lah. Umur pun sampai tak cukup jari tangan dan kaki kakak nak kira. Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang membekalkan kolagen untuk topup keperluan tubuh badan kita.

Mencerahkan Kulit Wajah

SR Vita-C membantu mencerahkan kulit wajah. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam dan tona tidak sekata.
Ia juga bertindak sebagai anti-pigmen, iaitu mencegah daripada pembentukan pigmen berlaku yang boleh mengakibatkan jeragat terbentuk pada bahagian wajah kita.

Melindungi Sel Kulit Daripada Kerosakan

Vitamin C antara vitamin yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel sel kulit  dari terdedah dengan sinaran matahari (UV) yang mampu merosakkan sel kulit.
Apabila sel-sel kulit mula terjejas ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kesan terhadap kulit wajah kita. Contohnya :-
🌸 Kulit menjadi kusam
🌸 Sangat sensitif
🌸 Kulit menjadi merah-merah
🌸 Jeragat dan jerawat mula membentuk

Kulit Halus dan Gebu

Kolagen adalah punca utama kulit halus dan gebu. Bila tahap keperluan kolagen dalam badan kita mencukupi. Ia sekaligus membantu menganjalkan kulit wajah. Kulit akan teras alebih halus dan gebu. Tak percaya? Pergi cocok2 pipi orang yang selalu amalkan pengambilan suplemen kolagen. Gebu je kan?
Dengan SR Vitamin C Shaklee ia membantu menjadikan kulit lebih halus dan anjal. Dah tak payah risau cik abang pun tak akan cari lain.

 
♥ Copyright © Umi Maisarah | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif